Thursday 30 April 2020

Selamat Hari Pekerja


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 8 ramadan.

Selamat menyambut Hari Pekerja 2020 kepada semua rakyat Malaysia. Ingatlah bahawa kerja juga merupakan satu ibadah. Justeru, sama-samalah kita meningkatkan kualiti kerja supaya ianya dapat menjadi saham akhirat kita kelak, InsyaAllah. Doakan juga keselamatan frontliners kita.

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum and good day. Salam 7 Ramadan.

As the saying goes "A goal without a plan is just a wish". I'm sure all of us have our own goals that we want to achieve. However, to achieve such goals, we must have a solid plan.

Take a look at this simple example. Let's say that your goal is to woke at 4:30 am for sahur. However, without proper planning such as going to bed early and setting your alarm clock, chances are you will miss your sahur.

How small or big your goals are, everything needs planning. Thus, plan frequently and wisely. Make sure your plan is supported with your effort.

Tuesday 28 April 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 5 ramadan.

Minggu lepas, ada followers bagitahu saya yang staf dia selalu salah gunakan perkataan "Accept" dan "Except". Jadi minggu ini, saya buat contoh ayat menggunakan "Accept" dan "Except".

Except bermaksud Kecuali. Contoh ayat ialah "Everyone in the class has passed the exam EXCEPT Ali." (Satu kelas lulus peperiksaan tersebut KECUALI Ali.)

Accept pula bermaksud Terima. Contoh ayat ialah "I ACCEPT your offer." (Saya TERIMA tawaran anda.)

Sempena bulan ramadan, English With Azmi akan bersiar pada esok hari (29/4/2020) pada pukul 11 pagi. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma 😁😁😁

Friday 24 April 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum and good day,

When we talk about success, most of us will think it is bestowed upon someone who is lucky, someone who is born rich and have a multiple connections.

While in some cases, it is definitely true, however, a lot of successful people build their success from nothing using this formula of "Success = skill + knowledge + effort".

Take Oprah Winfrey for example, she was born into an extremely poor family in rural Mississippi and suffered countless tragedies while she was a young girl.

However, she never used this as a reason to give up. She successfully snagged a scholarship to Tennessee State University, and at the age of 19, she was the first Black television correspondent in United States.

In 1986, she finally hosted her own show called The Oprah Winfrey Show. The rest is history. Through this show, she became a millionaire by 32, and her success inspired people around the world.

The moral of the story is, everyone can build their own success using this formula, "Success = skill + knowledge + effort". Try it yourself, and let success came your way.

Thursday 23 April 2020

Salam Ramadhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami warga Triple A Training ingin mengucapakan salam ramadhan kepada semua. Semoga ibadah puasa tahun ini memberi keinsafan dan meningkatkan iman kita kepada Nya. Insya Allah.

Wednesday 22 April 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayat minggu ini ialah Weak VS Week.

Weak bermaksud lemah.
Contoh ayat ialah "My knees feel WEAK after every workout." (Lutut saya berasa LEMAH selepas setiap senaman.)

Week pula bermaksud minggu
Contoh ayat ialah "We have a public holiday next WEEK." (Kita ada satu cuti umum MINGGU depan.)

English With Azmi bersiar seperti biasa pada malam ini, pukul 8 malam. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma.

Tuesday 21 April 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum and good day,

In working environment, we all have our own selfishness, such as asking your coworker to do your paperwork, choosing your friends only as group members for a project and refusing to hear someone else's idea.

This selfish attitude will most definitely hinder your promotion to managerial position.

Even if you did, you cannot be an effective leader to your organization if you could not adjust yourself to working with someone else, do not have an open mind and worst of all, using people at your disposal.

Thus, when you feel like doing any of the above, remind yourself that the world, the sun and the universe do not revolve around you. The sooner you realize this, the faster you will achieve success.

Monday 20 April 2020

Online Course Announcement


Assalamualaikum and good day.

Great news. We have started to promote English With Azmi: ONLINE Speaking Practice.

This course will be led by Encik Azmi Shahrin, a HRDF certified trainer with 17 years of teaching and coaching English related course.

This course will assist entrepreneurs to improve their fluency in English. The registration fee is only RM15. With only RM15, you will receive many benefits, such as:

  • E-Certificate Of Attendance
  • Online Fun Quiz
  • Mystery Gift For Top Student
  • 75-Minute Speaking Practice
  • Expert Guidance By Encik Azmi
  • Lots Of Opportunities To Speak
  • Personal Coaching On Grammar 
  • Vocabulary and Pronunciation

Here is a sneak peak of our session. If you are interested, please call/ whatsapp Puan Siti Aishah at 012-8919855.

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita adalah manusia. Kita takut mencuba sesuatu yang baru kerana kita takut akan kegagalan. Itulah lumrah kita sebagai manusia.

Namun, tanpa mencuba sesuatu yang baru, kita tidak akan dapat mengenali diri kita. Tanpa mencuba sesuatu yang baru, anda tidak akan dapat maju. Tanpa mencuba sesuatu yang baru, kejayaan hakiki tidak akan dapat dikecapi.

Justeru, jangan sesekali pernah takut untuk mencuba, kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah merasakan keberhasilan.

Friday 17 April 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pepatah Inggeris ada menyebut "If it ain't broke, don't fix it." Ianya boleh diterjelmah sebagai benda yang lama, kalau ianya boleh diguna pakai, tidak payah diganti dengan yang baru.

Jika anda mencari dalam internet tentang bagaimana untuk mengurus tugasan anda dengan efektif, maka, pelbagai tips, kajian dan aplikasi yang akan disarankan kepada anda.

Namun, ada satu tips kuno yang masih relavan dan masih boleh dingunakan sehingga kini, iaitu, senaraikan semua tugasan anda supaya anda tidak terlupa.

Wednesday 15 April 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayat minggu ini ialah For VS Four.

For bermaksud untuk. Contoh ayat ialah "I will cook FOR you (Saya akan memasak UNTUK awak)".

Four pula bermaksud nombor empat. Contoh ayat ialah "I have FOUR siblings (Saya ada EMPAT orang adik-beradik)".

English With Azmi bersiar seperti biasa pada malam ini, pukul 8 malam. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa untuk join sesi LIVE kami untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma 😁😁😁

Tuesday 14 April 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bermula sebagai seorang penceramah Bahasa Inggeris yang hanya mampu memperolehi satu sesi latihan setiap bulan, kini beliau berjaya menerbitkan buku latihan Bahasa Inggeris, mempunyai porgram FB Live English With Azmi dan mengajar Bahasa Inggeris hampir setiap hari.

Terbuktilah, Encik Azmi ialah satu di antara sejuta yang betul-betul berpegang dengan kata-kata di dalam gambar ini. Justeru, marilah kita semua mengubah mindset kita, mulai hari ini, kita akan buat yang terbaik untuk hasil yang terbaik.

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda bacalah buku tentang komunikasi. Sama ada ianya baru diterbitkan atau ianya telah diterbitkan seabad lalu, kata-kata di dalam gambar ini mesti ada.

Ya, kadang-kala kita tidak ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh seseorang itu. Ianya boleh disebabkan oleh emosi, contohnya anda marah pada orang itu dan langsung tidak mahu mendengar penjelasan nya. Mungkin juga anda rasa orang tersebut tidak layak untuk didengari. Dia seorang yang jahat. Dia seorang yang pandai bermuka-muka. Statusnya dirinya jauh lebih rendah dari anda.

Justeru, saya mengajak anda untuk mendengar apabila seseorang ingin bercakap dengan anda, samada tentang kejayaanya, kegagalanya, kegembiraanya, kesedihanya. Nescaya, anda akan membina hubungan baik sesama manusia. Anda juga mungkin mempelajari sesuatu dari percakapanya.

Monday 13 April 2020

Jadual Kursus Awam 2020

Tarikh
Hari
Tajuk
Lokasi
17 Jan

Khamis
Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Kuching
19 Feb

Rabu
Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Kota Kinabalu
19 Mac

Khamis
Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Johor Bahru
24 April

Khamis
Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Kuala Lumpur
21 Mei

Khamis
Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Kuching
12 Jun

Khamis
Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Kota Kinabalu
16 Julai

Khamis
Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Johor Bahru
20 Ogos

Khamis
Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Kuala Lumpur
17 Sept
Khamis

Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Kuching
21 Okt
Rabu

Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Kota Kinabalu
19 Nov
Khamis

Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Johor Bahru
17 Dec

Khamis
Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah

Kuala Lumpur

Kami juga boleh mengendalikan kursus ini khusus untuk organisasi anda. Sila hubungi kami untuk meminta sebutharga

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH MENENGAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Ringkasan Kursus Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah


Kursus Pengucapan Awam intensif sehari ini telah dirumus khas untuk membimbing para peserta  mendalami kaedah pengucapan awam berkesan dan menepati matlamat sebagai persediaan mereka menghadapi cabaran-cabaran kerjaya masakini dan yang akan datang. Kursus ini sesuai bagi sesiapa yang memerlukan kemahiran untuk menyampaikan taklimat, ucapan rasmi, pembentangan dan sumbangan pendapat dalam mesyuarat.

Matlamat Kursus

Matlamat kursus ini adalah untuk membimbing peserta-peserta untuk dapat melakukan yang berikut:
  • Mengatasi darah gemuruh dan gementar di hadapan hadirin
  • Menukar ucapan dan penyampaian yang hambar lagi membosankan kepada yang menarik, bertenaga dan memberangsangkan
  • Mengguna pakai unsur-unsur penyampaian bertenaga
  • Memenuhi jangkaan dan kehendak hadirin
  • Menyusun rangka ucapan yang jelas dan meyakinkan
  • Memilih huraian dan contoh yang bersesuaian dengan hadirin
  • Memujuk dan mempengaruhi hadirin untuk mengambil tindakan

Pendekatan Kursus

Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 80% masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran Pengucapan Awam. Buku kerja akan digunakan untuk memudah pemahaman. Bilangan peserta dihadkan kepada 20 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi. Peserta-peserta juga akan menjalani penilaian diri berkaitan dengan kemahiran-kemahiran pemgucapan awam di awal dan akhir kursus untuk mengenalpasti kelemahan yang sedia ada serta peningkatan hasil daripada kursus.


Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH MENENGAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Sukatan Kursus

Modul 1
Pengenalan kepada Ilmu Kemahiran Pengucapan Awam
  • penilaian diri di awal kursus
  • perihal pentingnya kemahiran Pengucapan Awam
  • imbasan ucapan-ucapan yang cemerlang

Modul 2
Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan
  • tugasan ucapan pertama
  • langkah-langkah mengatasi darah gemuruh
  • kaedah menyingkir penongkat kata
  • mengatasi hilang ingatan dan kebuntuan


Modul 3
Kemahiran Menyampai Maksud
  • gerakan tangan asas dan lanjutan
  • gaya berdiri yang berwibawa
  • mimik muka bersesuaian
  • tatapan mata untuk memujuk
  • lontaran & kepelbagaian suara
  • kederasan & kelantangan suara
  • kaedah berdiam seketika
  • gerakan-gerakan badan yang terlarang
Modul 4
Kemahiran Menyusun Kandungan
  • pembukaan yang menarik
  • memaklumkan hadirin perihal pentingnya penyampaian tersebut
  • pemilihan isi kandungan dan huraian yang bersesuaian dengan tahap hadirin
  • penutup yang meninggalkan kesan dan menyuruh hadirin untuk mengambil tindakan
  • menggunakan urutan logik

Modul 5
Langkah-langkah Selanjutnya
  • penilaian diridi akhir kursus
  • perbandingan dengan penilaain awal 
  • langkah-langkah yang perlu diambil untuk terus maju



Jadual Kursus

Masa
Hari Pertama
9.00 pagi
Pengenalan kepada Ilmu Kemahiran Pengucapan Awam (M1)
Penilaian Diri & Perbincangan

10.30 pagi
Minum Pagi
11.45 pagi
Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan (M2)
Latihan Berseorangan & Penilaian Jurulatih

12.30 thari
Makan Tengahari
1.30 ptg
Kemahiran Menyampai Maksud (M3)
Latihan Berseorangan & Penilaian Jurulatih

3.15 ptg
Minum Petang
3.30 ptg
Kemahiran Menyusun Kandungan (M4)
Latihan Berseorangan & Penilaian Jurulatih

Langkah-langkah Selanjutnya (M5)
Penilaian Diri, Rumusan & Penutup Majlis

5.00 ptg
Tamat

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH MENENGAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Penceramah Kami


Azmi Shahrin 
Certificate in Training, PSMB 
Bachelor of Accounting & Economics (Hons), University of Kent, UK 
Master in Economics (Distinction), University of Malaya 
TOEIC Certificate (Gold)

Azmi Shahrin dilahirkan di Ipoh dan menerima pendidikan awal di St. Michael’s Institution, Ipoh dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau mendapat biasiswa daripada Shell untuk melanjutkan pelajaran ke University of Kent, United Kingdom di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dan Ekonomi. Seterusnya beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Ekonomi daripada Universiti Malaya dan kini calon PhD di universiti yang sama. Beliau adalah ahli MENSA sejak tahun 1989. Beliau memiliki pengalaman bekerja melebihi satu dekad dalam pengurusan komunikasi pemasaran, saluran pemasaran serta jenama barangan dengan beberapa syarikat termasuk Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Maxis Communications Bhd. Namun begitu, pada tahun 2003 beliau telah melepaskan jawatan yang lumayan untuk menjadi jurulatih sepenuh masa.

Titik tolak kerjaya baru ini berpunca daripada keahlian dengan Toastmasters International. Pada tahun 1998, Azmi telah menyertai Kelab Toastmasters Extol untuk mengasah kemahiran Pengucapan Awam dan berkomunikasi. Beliau memegang jawatan Presiden kelab ini pada tahun 2005-2006. Beliau juga merupakan salah seorang penggerak utama dalam menubuhkan Kelab Pidato Perdana di mana beliau memegang jawatan Presiden pada tahun 2004-2005 dan kini memainkan peranan sebagai Ketua Jurulatih. Pada tahun 2007-2008, beliau telah dilantik sebagai Gabenor Bahagian W (dalam Daerah 51 Toastmasters International) dan diberi tanggungjawab mentadbir 32 kelab. Beliau juga pernah memenangi pelbagai pertandingan pidato serta anugerah-anugerah untuk kepimpinan dan khidmat cemerlang, termasuk “Toastmaster of the Year” untuk Bahagian C untuk tahun 2004-2005. Beliau juga seorang jurulatih untuk Institut Kepimpinan Toastmasters. Pada tahun 2006, beliau telah berjaya memperoleh anugerah tertinggi Toastmasters yang membawa gelaran “Distinguished Toastmaster” (DTM). Kesemua pencapaian ini telah membolehkan beliau untuk melancarkan dan menjayakan kerjaya baru sebagai penceramah dan jurulatih pengucapan awam. Azmi telah mendapat anugerah emas untuk sijil Test of English in Communication (TOEIC) setelah berjaya mendapat markah penuh 495 mata untuk bahagian mendengar dan membaca, lantas menjadikan beliau pengajar yang bertauliah untuk mengedalikan program TOEIC.

Dalam tempoh 12 tahun yang lalu, Azmi  telah melatih lebih daripada 11,000 peserta-peserta kursus daripada sektor kerajaan dan korporat untuk membina kemahiran Pengucapan Awam, Bahasa Inggeris, berkomunikasi, berunding, pengurusan dan kepimpinan (sila rujuk senarai pelanggan-pelanggan yang dilampirkan). Pada masa ini, beliau adalah Jurulatih Utama untuk Triple A Training dan Proskills Trainers. Khidmat beliau juga sering dipinta oleh pembekal-pembekal latihan yang lain seperti Asia iKnowledge, Maslow Trainers and Consultants, Knowledge Paragon, Compass Mind Asia, SubHills, Aqalivista, Emerge Knowledge Connection dan IVC . Beliau merupakan jurulatih bertauliah yang diiktiraf oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Azmi bercita-cita untuk menjadikan kemahiran pengucapan awam, berbahasa Inggeris dan komunikasi yang berkesan satu kenyataan untuk rakyat Malaysia. Beliau berasa teruja dan terdorong dengan maklum balas yang memberangsangkan daripada para pelatih dan berasa sukacita kerana berpeluang untuk berbakti kepada insan-insan yang memerlukannya.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH MENENGAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983


Kursus Pengucapan Awam Untuk Sekolah Menengah


Pengucapan Awan ialah teknik menyampaikan idea kepada para hadirin dengan menggunakan gerakan tangan, lontaran suara, cara berdiri, mimik muka dan tatapan mata. Namun, tidak semua menggunakan taknik-teknik di atas dengan sempurna dan berkesan. Disebabkan itu, lontaran idea anda tidak dapat disampaikan secara efektif kepada para hadirin anda. Namun, dengan latihan yang mencukupi, anda boleh menjadi mahir di dalam pengucapan awam.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH MENENGAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 1: Akibat Mengabaikan Kemahiran Pengucapan Awam


Amri adalah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah beliau. Dia sedang bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan SPM dan beliau bercita-cita untuk mengambil jurusan Sains Kesihatan untuk menjadi doktor apabila tamat sekolah nanti. Oleh itu, dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah cermerlang di dalam SPM.

Usaha Amri tidaklah sia-sia, Dia mendapat markah cemerlang di dalam SPM dan juga merupakan pelajar terbaik di sekolahnya. Pihak sekolah telah menjemput Amri untuk memberi sepatah dua kata di majlis anugerah pelajar cemerlang nanti. Amri amat teruja.

Namun, Amri merasakan bahawa dia tidak perlu untuk bersiap sedia untuk ucapannya kerana dia merasakan dia cukup bijak untuk menyampaikan ucapan dia tanpa apa apa persediaan.

Pada hari kejadian, Amri mendapat kejutan besar kerana Menteri Pelajaran hadir di anugerah pelajar cemerlang tersebut. Sebagai wakil pelajar cemerlang, Amri tentunya ingin menawan hati Menteri Pelajaran dengan ucapan nya.

Namun, disebabkan tiada persediaan yang dilakukan. Amri hanya menyampaikan ucapan terima kasih sahaja kerana terlalu gementar. Setelah kejadian itu, Amri mula sedar bahawa pengucapan awam bukanlah senang seperti yang dijangkakan. Beliau mula meningkatkan kemahiran nya dalam bidang tersebut.

Kajian Kes 2: Akibat Tidak Mahir Dalam Teknik Pengucapan Awam


Joe ialah pelajar tahun akhir Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Dia telah menanam azam untuk menyambung ijazah di dalam bidang komunikasi. Seperti yang kita sedia maklum, untuk menyambung ijazah, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya band 3 di dalam MUET.

Joe amat yakin dia boleh mendapat sekurang-kurangnya band 5 untuk MUET. Ini kerana pengetahuan dia di dalam Bahasa Inggeris amat mendalam. Joe mula menyiapkan diri seminggu sebelum menghadapi MUET.

MUET mempunyai 4 penilaian iaitu penulisan, pendengaran, pembacaan dan pengucapan. Apabila Joe medapatkan markah beliau, alangkah terkejutnya dia apabila dia hanya mendapat band 3. Joe mula melihat penilaian markah dia dengan teliti.

Seperti jangkaan nya, dia mendapat markah yang baik untuk 3 penilaian iaitu, penulisan, pendengaran dan penbacaan. Namun, masalah dia berada di bahagian pengucapan dengan markah 30/90.

Berasa tidak puas hati, Joe menelefon pegawai penilai menilai dan menanyakan mengapakah dia mendapat markah yang terlalu rendah. Pegawai menyatakan bahawa penyampaian idea nya tidak teratur dan berterabur. Ianya ditambah pula dengan tiada penggunaan lontaran suara dan gerakan tangan. Joe hanya kaku apabila bercakap.

Mendengar penjelasan itu, Joe terdiam. Joe mula sedar kesilapan nya dan mula mendalami ilmu pengucapan awam dengan bersungguh-sungguh.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH MENENGAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 3: Kesan Penggunaan Teknik Pengucapan Awam Yang Betul


Azam berumur 17 tahun dan baru sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia nya. Dia berazam untuk menyambung pelajaran nya di Universiti Malaya. Pencapaian SPM nya boleh dikatakan cemerlang, namun dia tahu banyak lagi calon SPM yang cemerlang mendaftar untuk memasuki Universiti Malaya.

Azam mula mengumpulkan segala sijil nya. Antara sijil ko-kurikulim nya, sijil yang paling menyerlah ialah sijil-sijil johan pengucapan awam nya. Azam mencetak sijil-sijil tersebut beserta sijil-sijil nya yang lain dan menghantar nya ke Universiti Malaya. Sebulan kemudian, Azam dipanggil untuk temuduga kemasukan ke Universiti Malaya.

Azam menggunakan sepenuhnya kemahiran pengucapan awam nya seperti lontaran suara yang baik dan gerakan tangan yang menarik semasa temuduga. Penemuduga Universiti Malaya amat berpuas hati dengan temuduga Azam dan meluluskan Azam untuk memasuki Universiti Malaya walaupun ada calon yang mempunyai keputusan SPM yang lebih baik dari Azam. Azam amat gembira kerana penat lelah nya membuahkan hasil.