Kursus Pengucapan Awam intensif sehari ini telah dirumus khas untuk membimbing para peserta mendalami kaedah pengucapan awam berkesan dan menepati matlamat sebagai persediaan mereka menghadapi cabaran-cabaran kerjaya masakini dan yang akan datang. Kursus ini sesuai bagi sesiapa yang memerlukan kemahiran untuk menyampaikan taklimat, ucapan rasmi, pembentangan dan sumbangan pendapat dalam mesyuarat.
Matlamat Kursus
Matlamat kursus ini adalah untuk membimbing peserta-peserta untuk dapat melakukan yang berikut:
- Mengatasi darah gemuruh dan gementar di hadapan hadirin
- Menukar ucapan dan penyampaian yang hambar lagi membosankan kepada yang menarik, bertenaga dan memberangsangkan
- Mengguna pakai unsur-unsur penyampaian bertenaga
- Memenuhi jangkaan dan kehendak hadirin
- Menyusun rangka ucapan yang jelas dan meyakinkan
- Memilih huraian dan contoh yang bersesuaian dengan hadirin
- Memujuk dan mempengaruhi hadirin untuk mengambil tindakan
Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 80% masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran Pengucapan Awam. Buku kerja akan digunakan untuk memudah pemahaman. Bilangan peserta dihadkan kepada 20 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi. Peserta-peserta juga akan menjalani penilaian diri berkaitan dengan kemahiran-kemahiran pemgucapan awam di awal dan akhir kursus untuk mengenalpasti kelemahan yang sedia ada serta peningkatan hasil daripada kursus.
Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH MENENGAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983
Sukatan Kursus
Modul 1 Pengenalan kepada Ilmu Kemahiran Pengucapan Awam
| Modul 2 Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan
|
Modul 3 Kemahiran Menyampai Maksud
| Modul 4 Kemahiran Menyusun Kandungan
|
Modul 5 Langkah-langkah Selanjutnya
|
Jadual Kursus
Masa
|
Hari Pertama
|
9.00 pagi
|
Pengenalan kepada Ilmu Kemahiran Pengucapan Awam (M1)
Penilaian Diri & Perbincangan |
10.30 pagi
|
Minum Pagi
|
11.45 pagi
|
Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan (M2)
Latihan Berseorangan & Penilaian Jurulatih |
12.30 thari
|
Makan Tengahari
|
1.30 ptg
|
Kemahiran Menyampai Maksud (M3)
Latihan Berseorangan & Penilaian Jurulatih |
3.15 ptg
|
Minum Petang
|
3.30 ptg
|
Kemahiran Menyusun Kandungan (M4)
Latihan Berseorangan & Penilaian Jurulatih
Langkah-langkah Selanjutnya (M5)
Penilaian Diri, Rumusan & Penutup Majlis
|
5.00 ptg
|
Tamat
|
Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH MENENGAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983
No comments:
Post a Comment