Pengucapan Awan ialah teknik menyampaikan idea kepada para hadirin dengan menggunakan gerakan tangan, lontaran suara, cara berdiri, mimik muka dan tatapan mata. Namun, tidak semua menggunakan taknik-teknik di atas dengan sempurna dan berkesan. Disebabkan itu, lontaran idea anda tidak dapat disampaikan secara efektif kepada para hadirin anda. Namun, dengan latihan yang mencukupi, anda boleh menjadi mahir di dalam pengucapan awam.
Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH MENENGAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983
Kajian Kes 1: Akibat Mengabaikan Kemahiran Pengucapan Awam
Amri adalah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah beliau. Dia sedang bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan SPM dan beliau bercita-cita untuk mengambil jurusan Sains Kesihatan untuk menjadi doktor apabila tamat sekolah nanti. Oleh itu, dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah cermerlang di dalam SPM.
Usaha Amri tidaklah sia-sia, Dia mendapat markah cemerlang di dalam SPM dan juga merupakan pelajar terbaik di sekolahnya. Pihak sekolah telah menjemput Amri untuk memberi sepatah dua kata di majlis anugerah pelajar cemerlang nanti. Amri amat teruja.
Namun, Amri merasakan bahawa dia tidak perlu untuk bersiap sedia untuk ucapannya kerana dia merasakan dia cukup bijak untuk menyampaikan ucapan dia tanpa apa apa persediaan.
Pada hari kejadian, Amri mendapat kejutan besar kerana Menteri Pelajaran hadir di anugerah pelajar cemerlang tersebut. Sebagai wakil pelajar cemerlang, Amri tentunya ingin menawan hati Menteri Pelajaran dengan ucapan nya.
Namun, disebabkan tiada persediaan yang dilakukan. Amri hanya menyampaikan ucapan terima kasih sahaja kerana terlalu gementar. Setelah kejadian itu, Amri mula sedar bahawa pengucapan awam bukanlah senang seperti yang dijangkakan. Beliau mula meningkatkan kemahiran nya dalam bidang tersebut.
Kajian Kes 2: Akibat Tidak Mahir Dalam Teknik Pengucapan Awam
Joe ialah pelajar tahun akhir Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Dia telah menanam azam untuk menyambung ijazah di dalam bidang komunikasi. Seperti yang kita sedia maklum, untuk menyambung ijazah, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya band 3 di dalam MUET.
Joe amat yakin dia boleh mendapat sekurang-kurangnya band 5 untuk MUET. Ini kerana pengetahuan dia di dalam Bahasa Inggeris amat mendalam. Joe mula menyiapkan diri seminggu sebelum menghadapi MUET.
MUET mempunyai 4 penilaian iaitu penulisan, pendengaran, pembacaan dan pengucapan. Apabila Joe medapatkan markah beliau, alangkah terkejutnya dia apabila dia hanya mendapat band 3. Joe mula melihat penilaian markah dia dengan teliti.
Seperti jangkaan nya, dia mendapat markah yang baik untuk 3 penilaian iaitu, penulisan, pendengaran dan penbacaan. Namun, masalah dia berada di bahagian pengucapan dengan markah 30/90.
Berasa tidak puas hati, Joe menelefon pegawai penilai menilai dan menanyakan mengapakah dia mendapat markah yang terlalu rendah. Pegawai menyatakan bahawa penyampaian idea nya tidak teratur dan berterabur. Ianya ditambah pula dengan tiada penggunaan lontaran suara dan gerakan tangan. Joe hanya kaku apabila bercakap.
Mendengar penjelasan itu, Joe terdiam. Joe mula sedar kesilapan nya dan mula mendalami ilmu pengucapan awam dengan bersungguh-sungguh.
Kajian Kes 3: Kesan Penggunaan Teknik Pengucapan Awam Yang Betul
Azam berumur 17 tahun dan baru sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia nya. Dia berazam untuk menyambung pelajaran nya di Universiti Malaya. Pencapaian SPM nya boleh dikatakan cemerlang, namun dia tahu banyak lagi calon SPM yang cemerlang mendaftar untuk memasuki Universiti Malaya.
Azam mula mengumpulkan segala sijil nya. Antara sijil ko-kurikulim nya, sijil yang paling menyerlah ialah sijil-sijil johan pengucapan awam nya. Azam mencetak sijil-sijil tersebut beserta sijil-sijil nya yang lain dan menghantar nya ke Universiti Malaya. Sebulan kemudian, Azam dipanggil untuk temuduga kemasukan ke Universiti Malaya.
Azam menggunakan sepenuhnya kemahiran pengucapan awam nya seperti lontaran suara yang baik dan gerakan tangan yang menarik semasa temuduga. Penemuduga Universiti Malaya amat berpuas hati dengan temuduga Azam dan meluluskan Azam untuk memasuki Universiti Malaya walaupun ada calon yang mempunyai keputusan SPM yang lebih baik dari Azam. Azam amat gembira kerana penat lelah nya membuahkan hasil.
Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH MENENGAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983
Kajian Kes 3: Kesan Penggunaan Teknik Pengucapan Awam Yang Betul
Azam berumur 17 tahun dan baru sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia nya. Dia berazam untuk menyambung pelajaran nya di Universiti Malaya. Pencapaian SPM nya boleh dikatakan cemerlang, namun dia tahu banyak lagi calon SPM yang cemerlang mendaftar untuk memasuki Universiti Malaya.
Azam mula mengumpulkan segala sijil nya. Antara sijil ko-kurikulim nya, sijil yang paling menyerlah ialah sijil-sijil johan pengucapan awam nya. Azam mencetak sijil-sijil tersebut beserta sijil-sijil nya yang lain dan menghantar nya ke Universiti Malaya. Sebulan kemudian, Azam dipanggil untuk temuduga kemasukan ke Universiti Malaya.
Azam menggunakan sepenuhnya kemahiran pengucapan awam nya seperti lontaran suara yang baik dan gerakan tangan yang menarik semasa temuduga. Penemuduga Universiti Malaya amat berpuas hati dengan temuduga Azam dan meluluskan Azam untuk memasuki Universiti Malaya walaupun ada calon yang mempunyai keputusan SPM yang lebih baik dari Azam. Azam amat gembira kerana penat lelah nya membuahkan hasil.
No comments:
Post a Comment